Powered By Blogger

Friday, May 27, 2011

My Queen

This is a really short n simple but perfectly executed (commentator dlm fifa 11 punye ayt) article. Feel it peeps! ;)  x tau lah ni cter benar ke x tp ape2 pon here goes. 


Seorang lelaki British datang kepada seorang Syeikh dan bertanya 1 soalan. Ini soalan yang dah di translatekn ke dlm bahasa Melayu. "Kenapa Islam tidak membenarkan kepada wanita bersalaman atau bersentuhan dengan lelaki yang tiada talian dengan nya?" Syeikh itu pon menjawab persoalan itu. "Bolehkah kamu bersalaman dengan Queen Elizabeth?" Lelaki British itu pon lantas menjawab, "sudah tentu tidak boleh! Hanya sesetengah orang sahaja yang boleh bersalaman dan bersentuhan dengan permaisuri kami, Queen Elizabeth." Maka Syeikh itu pon mengeluarkan satu kenyataan yang membuatkan lelaki British itu terkelu. 



"Dalam Islam, wanita diletakkan di atas satu darjat yang tinggi. Semua wanita adalah permaisuri dalam Islam. Jadi permaisuri kami tidak boleh bersalaman mahupun bersentuhan dengan mana-mana lelaki asing. Mereka hanya boleh berbuat demikian dengan suami dan kaum keluarga terdekat mereka sahaja."


Begitulah ceritanya setelah saye edit sket nk bg ayat lg menarik. hahaha. Jadi sedarlah wahai kaum Hawa sekalian tentang keistimewaan yang telah diberikan kepada anda. Kepada kaum Adam pula tanggungjawab anda adalah utk memimpin diri kamu sendiri, isteri dan anak-anak kamu serta mereka yang disekeliling kamu ke jalan yang lurus. Cube kamu bayangkan kalau kamu ade adik perempuan ataupun kakak dan satu hari sedang kamu berjalan2 kamu terserempak mereka berpegang tangan dengan seorang lelaki asing. Apekah perasaan kamu? Adakah kamu suke kan senario begitu? Sesungguhnya setiap lelaki itu bertanggungjawab terhadap isterimu, ibumu dan juga saudara perempuan mu (termasok adik beradik lah ni).




p/s: i don't think i have ever do this 2 u kn my queen??

1 comment: